Wikidata:Kemudahan akses

From Wikidata
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Wikidata:Accessibility and the translation is 83% complete.
Outdated translations are marked like this.

Halaman ini bertujuan memaklumkan para pengguna tentang kemudahan mengakses Wikidata, iaitu sesiapa yang mengalami kekurangan upaya boleh mencerap, memahami, bernavigasi, dan berinteraksi dengan Wikidata, malah boleh juga menyumbang kepada Wikidata, terutama sekali golongan yang kurang upaya penglihatan dan golongan yang kurang upaya fizikal.

Sebagai prinsip panduan, kita seharusnya menyasar pematuhan WCAG 2.0, iaitu piawaian ISO untuk kemudahan akses sesawang, kepada tahap "AA" ataupun "AAA" sekiranya mampu.

Biarpun Wikidata belum lagi dikaji semula secara teliti setakat Disember 2012, namun Wikidata nampaknya cukup memuaskan kemudahan aksesnya. Jadual-jadual dan elemen-elemen interaktifnya nampaknya diformatkan dengan betul oleh perisian. Memandangkan pengguna boleh mengisi borang-borang tertentu dengan teks sahaja, mereka tidak boleh mencapai kemudahan akses dengan mudah buat masa ini. Penambahbaikan kemudahan akses besar-besaran akan memerlukan perubahan pada perisian - itu pun terserah kepada pihak pembangun.

Lihat juga