Shortcuts: WD:O, WD:OS

Wikidata:Pengetepian

From Wikidata
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of the page Wikidata:Oversight and the translation is 50% complete.
Outdated translations are marked like this.

Pengetepian adalah menyorokkan semakan, nama pengguna dalam sejarah dan log suntingan, atau bahagian-bahagian entri log individu. Akses ini diberikan kepada golongan pengetepi (mereka yang berada dalam kumpulan 'pengetepian' atau 'steward'). Data yang diketepikan boleh dilihat dan dipulihkan oleh golongan itu sahaja.

 

Oversighters as of Mei 2024 (edit)

Email oversight@wikidata.org; you can email one of the users below but that should be in addition to emailing the overall group address:

  1. Ajraddatz (email), en, fr‑1
  2. DannyS712 (email), en, he‑2, es‑2, zh‑2
  3. Esteban16 (email), es, en‑2, pt‑1, it‑1

In emergencies (e. g. when no local oversighter is available), oversight requests can be referred to the stewards, who can be contacted at stewards@wikimedia.org.

Dasar

Ciri Pengetepian ini boleh digunakan dalam empat kes:

  1. # Pengguguran maklumat peribadi bukan umum seperti nombor telefon, alamat rumah, tempat kerja atau identiti individu bernama samaran atau awanama yang belum mengumumkan identiti mereka, ataupun individu umum yang belum mengumumkan maklumat peribadinya. Ini termasuk menyorokkan data IP penyunting yang tersalah log keluar hingga terdedah alamat IP sendiri tanpa sengaja.
  2. Pengguguran maklumat yang mungkin berunsur fitnah iaitu sama ada: (a) atas nasihat Yayasan Wikimedia atau (b) apabila kesnya jelas dan tiada sebab editorial untuk menyimpan semakan terbabit.
  3. Pengguguran bahan yang melanggar hak cipta atas nasihat Yayasan Wikimedia.
  4. Penyorokkan serangan terang-terangan pada senarai dan log automatik di mana sejarah suntingan tidak diganggu. Serangan terang-terangan adalah yang jelas sekali bertujuan memburuk-burukkan, mengugut, memfitnah, menghina, atau mengganggu ketenteraman seseorang.

Perhatian: Bukan semua yang tergolong dalam kriteria tersebut semestinya perlu diketepikan.

Steward boleh melakukan kerja pengetepian setempat sewaktu kecemasan, sewaktu pengetepian rentas wiki, atau jika tiadanya pengetepi setempat.

Akses

Memohon akses

Akses kepada alat Pengetepian diraih selepas berjaya memohon izin, yang mana komuniti menimbangi dan menilai kesesuaian pemohon untuk memegang dan menggunakan alat tersebut. Pengetepi haruslah berumur tidak kurang daripada 18 tahun, ataupun mencapai umur layak mengikut undang-undang tempat kediamannya, dan sudi menyediakan maklumat pengenalan diri kepada Yayasan Wikimedia. Pemohon mestilah membiasakan diri dengan dasar privasi Yayasan Wikimedia. Apabila memohon akses, pemohon mestilah mengumumkan pemohonan mereka kepada komuniti dengan mengeposkan notis di ruang sembang projek, papan notis penyelia, senarai pantau, senarai mel dsb.

Permohonan mestilah dibuka selama tidak kurang daripada dua minggu. Selepas mencapai kata sepakat dengan paling kurang 25 undi sokongan, seorang birokrat akan menutup perbincangan dan memohon akses di m:Steward requests/Permissions dengan pautan kepada perbincangan. Di Wikidata, pengguna yang memegang izin penyelia sahaja layak untuk memohon akses Pengetepian. Adalah amat digalakkan supaya menyerahkan pengenalan diri kepada Yayasan Wikimedia sebelum memohon akses biarpun ini boleh dilakukan selepas pemohonan dijayakan.

Saluran IRC

Terdapat sebuah saluran IRC persendirian (#wikimedia-privacy) yang boleh dicapai oleh semua steward dan pengetepi yang menggunakan IRC. Hubungi mana-mana ahli saluran untuk mendapat akses; pengurus saluran akan memberikan akses berkekalan. Tanyalah steward jika anda perlukan bantuan untuk mendapat akses.

Mailing list

There is a private mailing list (mail:wikidata-oversight) for case discussion and announcements. Only Wikidata oversighters are eligible to subscribe. At the request of the WMF, the emails are not publicly or privately archived on the servers.

Penarikan semula akses

Penarikan semula akses untuk pengetepian boleh dilakukan dalam mana-mana situasi yang berikut:

  1. Apabila meletak jawatan;
  1. By resignation;
  2. Setelah berjaya dalam memohon penarikan semula akses. Permohonan begini dikira berjaya jika sekurang-kurangnya satu pertiga pengundi menyokong penarikan itu;
  3. Dalam ketidakaktifan, iaitu sebarang akaun pengguna yang berstatus pengetepi tetapi sudah lebih setahun tidak aktif akan ditarik semula akses pengetepinya.

Sekiranya alat ini disalah guna, penyunting berizin pengetepi yang terbabi akan ditarik balik aksesnya oleh Steward dengan serta-merta. Ini akan berlaku terutamanya jika tindakan dilakukan secara rutin tanpa sebarang motif yang serius (pautan dan bukti salah laku mesti dinyatakan). Pengesyakan salah guna akses pengetepi mesti dibincangkan, dan para steward tidak boleh memutuskan untuk menarik semula akses sendiri; namun begitu, mereka boleh membantu dalam memberikan maklumat yang perlu untuk membuktikan salah guna (seperti log). Jika perlu, terutama sekali dalam hal pelanggaran dasar privasi, Lembaga Yayasan Wikimedia juga boleh diminta supaya mengarahkan penarikan semula akses.

List

Lihat juga